INTRODUCTION

Selasa, 24 September 2013

The Conjuring ' Annabelle '


    

     Baru-baru ini filem ' The Conjuring ' arahan Pengarah Filem kelahiran Malaysia, James Wan telah menarik perhatian ramai penonton di negara ini dengan menggayakan genre Horror dan sedikit sentuhan klasik. Tetapi tidak ramai tahu bahawa filem ini terdapat urban legend yang tersendiri, dimana patung Annabelle merupakan entiti yang wujud dan benar ! Huh !

Annabelle merupakan tumpuan kes oleh penyiasat Ed dan Lorraine Warren yang terkenal dalam kes paranormal pada awal tahun 1970 dan dibentangkan di buku Demonologist. Ianya difahamkan bahawa ini adalah salah satu kes yang paling luar biasa daripada semua kes paranormal yang dimiliki dalam rekod. 

Pada tahun 1970, seorang ibu telah membeli patung jenis Raggedy Ann Doll antik daripada kedai barang-barang lama. Anak patung itu adalah hadiah untuk Donna iaitu anak perempuannya pada hari jadinya. Donna, pada masa itu, adalah seorang pelajar di kolej, bersedia untuk lulus dengan ijazah kejururawatan dan tinggal di sebuah pangsapuri kecil dengan Angie iaitu rakan sebilik dia (seorang jururawat juga). Gembira dengan anak patung itu, Donna meletakkan patung itu di atas katil sebagai hiasan dan takde merasakan apa-apa yang pelik sehinggalah beberapa hari kemudian. 



Dalam masa itu, kedua-dua Donna dan Angie menyedari bahawa terdapat sesuatu kejadian yang sangat pelik dan menyeramkan tentang anak patung itu. Anak patung itu seolah-olah bergerak, ianya adalah seperti perubahan dalam kedudukan, semakin lama semakin berubah kedudukkannya. Kadang-kadang anak patung itu dijumpai meletakkan kaki di sofa dengan tangan yang dilipat, pada waktu yang lain ia ditemui tegak, berdiri di atas kaki, bersandar di kerusi di ruang makan. Sudah beberapa kali Donna meletakkan anak patung tersebut di sofa sebelum keluar bekerja, dan selepas pulang ke rumah Donna pasti terpaksa mencari anak patung di belakang di dalam biliknya di atas katil dengan pintu ditutup.

Pada suatu malam, Donna telah pulang ke rumah untuk mencari anak patung itu dan mendapati ianya telah berpindah sekali lagi! Kali ini ia berada di atas katilnya. Donna pun mendekati patung itu untuk memeriksa sesuatu yang aneh. Rasa takut tiba-tiba menyelubungi ketika dia memeriksa anak patung itu dan ternampak kesan seperti titisan darah di belakang tangan dan dada itu. Kesan tersebut seolah-olah seperti darah yang terkeluar daripada badan anak patung itu sendiri. Selepas takut dan terdesak, Donna dan Angie membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat pakar.


Tidak lama kemudian, pakar tersebut menghubungi mereka dan Donna kemudiannya diperkenalkan kepada semangat roh Annabelle Higgins. Annabelle adalah seorang gadis muda yang tinggal dikawasan sebelum pangsapuri telah dibina. Beliau adalah seorang gadis muda berusia tujuh tahun apabila mayatnya ditemui dalam pangsapuri tersebut. Roh Anabelle bagaimanapun telah tertarik dengan Donna dan Angie dan mahu tinggal dengan mereka dengan berpindah ke anak patung itu. Sebab itulah anak patung tersebut berpuaka, kerana roh seorang budak yang mati dibunuh telah melekat di anak patung tersebut sehingga membunuh salah seorang rakan Donna dan Angie. Sehingga sekarang patung Anabelle tersebut disimpan rapi dan tidak dibenarkan dikeluarkan atau disentuh sekali pun kotak tempat simpannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang dihantar perlu mempunyai unsur yang positif.

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails