INTRODUCTION

Jumaat, 11 Januari 2013

RAFFLESIA TERBESAR DI DUNIA DENGAN SEPULUH KELOPAK DITEMUI DI MALAYSIA

             Rafflesia sejenis bunga yang seindah namanya. Bunga ini juga dikategorikan sebagai antara bunga yang terbesar didunia. Baru-baru ini, bunga terbesar di dunia ini ditemukan di Hutan Simpan Belum, Perak. Apa yang menarik dan unik mengenai penemuan ini ialah bunga Rafflesia yang mempunyai sepuluh kelopak telah ditemukan di sini. Ini merupakan catatan terbaru mengenai bunga terbesar di dunia ini yang lazimnya mempunyai lima kelopak sahaja. Ini merupakan yang pertama di dunia, Rafflesia dengan sepuluh kelopak. Sangat cantik kan?
Kerana keunikan yang terdapat pada bunga ini, ia akan diawet untuk tatapan generasi akan datang. Bunga Rafflesia yang ditemui ini berdiameter 46 sentimeter itu ditemui pada 23 Jun di Sungai Gadong, Taman Negeri Royal Belum, Perak. Tumbuhan parasit ini telah ditemui oleh pekerja Perbadanan Taman Negeri Perak sewaktu menjalankan kerja-kerja rutin menyelia kawasan berkenaan. Penemuan bunga itu dikenalpasti sebagai hasil evolusi antara spesis R. azlanii dan R. cantleyi disahkan sebagai yang pertama di dunia seumpamanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang dihantar perlu mempunyai unsur yang positif.

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails