INTRODUCTION

Jumaat, 19 Februari 2010

Hitler Menghormati ISLAM

















Sieg Heil!! Bila sebut Hitler, apa korang fikir? WWII? Holocaust? Nazi? Fuhrer? Banyak buku mnyenaraikan Hitler sebagai tyrant, diktator, gila perang dll.. Rmai berfikiran Hitler kejam..tapi hakikatnya..Hitler menghormati agama Islam...Ya!! bahkan Hitler sendiri prnah bertemu dgn Mufti Baitul Maqdis dulu!!! X Percaya???!! Ni buktinya!!



Memang lar mereka bertemu ni ada motif tersendiri...tapi yg pasti Hitler menghormati Islam ...

Sejarah menyatakan Hitler ni beragama Kristian...tapi Hitler sendiri pernah menyatakannya secara peribadi:

Hitler stated in private, " The Mohammedan religion (Islam) would have been much more compatible to us than Christianity. Why did it have to be Christianity with its meekness and flabbiness ...

Ni plak satu artikel menarik:

Adolf Hitler tubuhkan divisyen tentera Islam

Dari arkib Bicara Agama, Utusan Malaysia

Satu pendedahan yang agak menggemparkan muncul baru-baru ini apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik di sebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi Divisyen Hanzar!

Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai siapakah sebenarnya
Adolf Hitler? Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang positif bagi
menggambarkan pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan
sahaja negatif malah namanya masih dicaci sehingga hari ini kerana
tragedi holocaust. Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara
perintah Hitler.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/1/13/Salute.jpg
Sieg Heil!!!

Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler
didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan
penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam kem atau
menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.

Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS
(askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus
anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen
ini pula berjumlah 60,000 orang.

Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen
tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar.
Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya
berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya
orang Croat beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21,000 orang.

Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu
yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela
Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara
Rusia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera
udara Rusia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua
tercetus di Balkan.

Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud
parang. Parang hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol
bagi Divisyen ke-13 Waffen SS.

Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen
SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai
tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan
dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.

Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang
tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia
turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar. Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang dihantar perlu mempunyai unsur yang positif.

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails