INTRODUCTION

Khamis, 28 Januari 2010

Fakta Menarik

1) Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra' yang bermaksud liar atau terbiar. Manakala penyanyi Siti Sarah pula mendapat nama daripada bapanya yang bernama Raisudin.

2) Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan manakala menghidu gam dan menghisap dadah juga boleh mengurangkan berat badan malah boleh juga membawa maut.

3) Secara purata, seseorang akan menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya manakala beruk dan monyet pula tidak perlu bergayut semasa hendak menggunakan telefon.

4) Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia manakala di dalam sungai klang terdapat beribu-ribu bahan kimia dan juga sampah sarap.

5) Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya manakala kumpulan rap Malaysia Too Phat pula sinonim dengan yo..yo..ya a auw..ya auww!!!

6) Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari manakala Ratu Elizabeth pula boleh hidup menjangkau usia 100 tahun.

7) Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya manakala maknyah pula hanya boleh menukar jantinanya sekali sahaja.

8) Tikus kasturi, mamalia paling kecil di dunia hanya makan 4 kali lebih berat daripada badannya dalam masa 36 jam manakala limau yang paling kecil sekali di dunia adalah limau kasturi dan di tanam di Kg. Limau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang dihantar perlu mempunyai unsur yang positif.

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails