INTRODUCTION

Jumaat, 1 Januari 2010

IBU TERKECIL MELAHIRKAN ANAK



















CINCINNATI, Amerika Syarikat (AS) - Ibu terkecil di dunia, Stacey Herald selamat melahirkan anak ketiganya, Malachi lapor sebuah akhbar semalam.Sebelum ini, doktor memberi amaran kepada Stacey yang tingginya 0.7 meter mengenai risiko baginya untuk mengandung dan melahirkan anak kerana tubuhnya yang kecil.Bagaimanapun, ibu berusia 35 tahun itu nekad untuk berkeluarga dan telah melahirkan dua anak perempuan Kateri dan Makya masing-masing berumur tiga tahun dan 18 bulan sebelum memperoleh bayi ketiganya.Dia berkahwin dengan lelaki yang mempunyai ketinggian 1.7 meter iaitu Will Herald, 27.Bayi lelaki yang baru dilahirkannya itu memiliki berat cuma 0.9 kilogram.Bayi itu dilahirkan lapan minggu lebih awal menerusi pembedahancaesarean di sebuah hospital di sini pada 28 November lalu.Herald terpaksa menggunakan kerusi roda kerana menghidap penyakit ganjil genetik, Osteogenesis Imperfecta yang menyebabkan tulang rapuh dan paru-parunya cacat selain merencatkan tumbesarannya. - Agens

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang dihantar perlu mempunyai unsur yang positif.

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails