INTRODUCTION

Ahad, 5 Oktober 2014

Pay & Sit - Kerusi Yang Perlu Dibayar Kalau Nak Duduk?

Pereka dari Jerman iaitu Fabian Brunsing mencipta kerusi khas dan unik bagi mereka yang tidak suka berkongsi tempat duduk mereka di sebuah taman. Dalam keadaan normal, bangku itu semua dipenuhi dengan paku besi. Jika korang nak duduk korang hanya perlu masukkan satu syiling 50 Euro (RM2.26). Lepas masuk duit syiling tu, semua paku tu akan masuk ke dalam secara automatik. Tapi harus diingat masa korang duduk tu sama ada 5 minit ke, 10 minit ke, sebab lepas abis masa dia akan keluar balik. 




Khamis, 14 November 2013

Siapakah Mona Fendi ?

Ramai yang tertanya-tanya pasal Mona Fendi ni especially generasi yang muda-muda, siapa die ? kenape die mencapai satu tahap popularity yang tertinggi satu ketika dulu dek kerana satu kes berprofile tinggi.
Siapa Mona Fendi?
Nama asalnya Maznah Ismail pernah menjadi seorang penyanyi dan pernah muncul di Muzik Muzik tv3 suatu ketika dulu. Pada tahun 1993, Negara telah di gemparkan dengans atu kes pembunuhan membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993 di sebuah rumah Kampung Peruas Ulu Dong, Raub Pahang. Pembunuhan ngeri itu telah direportkan dimana mayat telah dikerat-kerat 18 dan di tanam di sebuah rumah kosong di kampong berkenaan.

gambar menunjukkan mayat Dato’ Mazlan Idris di potong 18
Setelah di siasat, 3 orang telah di tahan iaitu Mona Fendi, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka Juraimi Hussin dan telah di bicarakan dan di dapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. 
Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Penyampunan Negeri Pahang telah di tolak dan mereka di hokum gantung sampai mati pada 6 hingga 6.30 pagi jumaat 2 November 2001.

Apa yang dilakukan oleh Mona Fendi.

Die seorang penyanyi, dan mengikut rekod, dia dan suami adalah pengamal ilmu-ilmu sihir dimana , Datuk Mazlan Idris adalah salah seorang client die . time tu die nak cepat kaya eh?.. Correct me if i am wrong.
Mona Fendi ni terkenal kerana kisah dramatic time prosiding mahkamah. 


Tidak pernah satu pun gambar yang tidak menunjukkan die tidak senyum. Pernah die menyanyi dalam mahkamah ketika memberitahu hakim bahawa die seorang artis.
Ada yang mengatakan Mona Fendi dan suami ni mampu ‘membuat’ orang hanya dengan merenung, jadi tak hairan banyak cerita-cerita mistik ketika dia dan suami di jel. Ada yang cakap setiap hari dia di simbah air yassin la, ada yang cakap dia tidak mati tapi dia menghilangkan diri dan macam-macam lagi tapi aku yakin itu cume hearsay orang sahaja dan yang pastinya dia dah dijatuhi hukuman mati.
Di sini saya nak letak satu episode mengenai Mona Fendi sepanjang perbicaraan semasa tahun 1993. Sumber-sumber di ambil dari internet. It’s very interesting case kalau kita ikut-ikut kan sebab banyak bende yang ‘pelik’ di perkatakan oleh arwah dan bagai mana dia dan suami serta pembantu membunuh Dato’ Mazlan . 
Gambar-gambar Lain 
Rumah-rumah yang dikatakan milik Mona Fendi kelihatan usang dan ‘berhantu’



Fakta Bayi Diraja.

KUALA LUMPUR
: Media dunia telah berkhemah selama tiga minggu di luar hospital dimana isteri Putera William, Kate Middleton, akan melahirkan anak mereka.

Sementera warga dunia masih menanti, berikut adalah 10 fakta pelik tentang bayi diraja ini:

1) Pakar doktor wanita berkata bayi diraja ini mempunyai kaitan dengan Dracula, watak seorang putera pada abad ke-15 diilhamkan oleh novelis Bram Stroker. Pakar juga berkata bayi ini mempunyai talian darah dengan seorang Sultan yang dipercayai keturunan Nabi Muhammad.

2) Finland telah menghadiahkan William dan Kate dengan 'Kotak Bayi' yang diberi kepada semua ibu-ibu yang hamil di negara itu. Dalam kotak berkenaan mempunyai pakaian bayi, pad bra dan kondom.

3) Sebagai adat lama, kelahiran diraja disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri untuk memastikan bahawa bayi berkenaan adalah waris yang sah. Berita baik untuk Kate, tradisi ini berakhir pada tahun 1936.

4) Bayi ini tidak seharusnya mempunyai nama keluarga namun jika William dan Kata mahukan nama keluarga, mereka boleh memilih diantara Mountbatten-Windsor, Wales dan Cambridge.

5) Niagara Falls, Menara CN di Toronto dan air pancut Trafalgar Square akan bertukar menjadi warna jambu atau biru bergantung kepada jantina bayi ini.

6) Para wartawan yang berkhemah di luar hospital St. Mary mula merasa bosan setelah tiga minggu menunggu bayi diraja ini. Lain pula cerita ketika Putera William dilahirkan pada tahun 1982.

Ibunya Puteri Diana menipu akhbar-akhbar dengan memberitahu mereka bahawa anaknya akan lahir pada 1 Julai. Putera William dilahirkan 10 hari lebih awal.

7) Taruhan dilakukan dari nama bayi ke warna rambut. Antara nama-nama yang popular dikalangan mereka yang bertaruh adalah Alexandra untuk bayi perempuan dan George untuk bayi lelaki.

Anda boleh menang besar jika William dan Kate memilih nama yang tidak begitu popular seperti Putera Wayne. Ia mempunyai kemungkinan 500/1.

8) Bayi ini sudah memiliki laman Wikipedia tersendiri - "Child of the Duke and Duchess of Cambridge".
9) Bekas Perdana Menteri Australia Julia Gillard telah mengait kangaroo untuk bayi diraja ini.

10) Bintang bola sepak David Beckham mencadangkan bahawa pasangan diraja ini menamakan bayi mereka atas nama beliau. "Saya fikir mereka perlu namakan bayi itu sebagai David," katanya dalam satu temu bual minggu ini, dan menambah: "Jikalau ia lelaki!"



Gambar Kuala Lumpur Dahulu

Mempersembahkan koleksi-koleksi foto bandar Kuala Lumpur ketika dahulu.
Dulu pada zaman British, Taiping saling bertanding dengan Kuala Lumpur supaya diiktiraf sebagai ibu negeri Melayu Bersekutu. Segala kemudahan dan kemodenan diberikan gabenor Taiping supaya setaraf dengan KL zaman British.

Namun, nasib menyebelahi Kuala Lumpur. Taiping kalah dalam perlumbaan memajukan bandar supaya diiktiraf sebagai ibu negeri. Hasilnya, Kuala Lumpur daripada ibu negeri Melayu Bersekutu, selepas itu menjadi ibu negara Malaya dan kemudian menjadi pusat bandar sebuah negara bernama Malaysia. Berikut merupakan gambar - gambar Ibu kotaraya


Selasa, 24 September 2013

The Conjuring ' Annabelle '


    

     Baru-baru ini filem ' The Conjuring ' arahan Pengarah Filem kelahiran Malaysia, James Wan telah menarik perhatian ramai penonton di negara ini dengan menggayakan genre Horror dan sedikit sentuhan klasik. Tetapi tidak ramai tahu bahawa filem ini terdapat urban legend yang tersendiri, dimana patung Annabelle merupakan entiti yang wujud dan benar ! Huh !

Annabelle merupakan tumpuan kes oleh penyiasat Ed dan Lorraine Warren yang terkenal dalam kes paranormal pada awal tahun 1970 dan dibentangkan di buku Demonologist. Ianya difahamkan bahawa ini adalah salah satu kes yang paling luar biasa daripada semua kes paranormal yang dimiliki dalam rekod. 

Pada tahun 1970, seorang ibu telah membeli patung jenis Raggedy Ann Doll antik daripada kedai barang-barang lama. Anak patung itu adalah hadiah untuk Donna iaitu anak perempuannya pada hari jadinya. Donna, pada masa itu, adalah seorang pelajar di kolej, bersedia untuk lulus dengan ijazah kejururawatan dan tinggal di sebuah pangsapuri kecil dengan Angie iaitu rakan sebilik dia (seorang jururawat juga). Gembira dengan anak patung itu, Donna meletakkan patung itu di atas katil sebagai hiasan dan takde merasakan apa-apa yang pelik sehinggalah beberapa hari kemudian. 



Dalam masa itu, kedua-dua Donna dan Angie menyedari bahawa terdapat sesuatu kejadian yang sangat pelik dan menyeramkan tentang anak patung itu. Anak patung itu seolah-olah bergerak, ianya adalah seperti perubahan dalam kedudukan, semakin lama semakin berubah kedudukkannya. Kadang-kadang anak patung itu dijumpai meletakkan kaki di sofa dengan tangan yang dilipat, pada waktu yang lain ia ditemui tegak, berdiri di atas kaki, bersandar di kerusi di ruang makan. Sudah beberapa kali Donna meletakkan anak patung tersebut di sofa sebelum keluar bekerja, dan selepas pulang ke rumah Donna pasti terpaksa mencari anak patung di belakang di dalam biliknya di atas katil dengan pintu ditutup.

Pada suatu malam, Donna telah pulang ke rumah untuk mencari anak patung itu dan mendapati ianya telah berpindah sekali lagi! Kali ini ia berada di atas katilnya. Donna pun mendekati patung itu untuk memeriksa sesuatu yang aneh. Rasa takut tiba-tiba menyelubungi ketika dia memeriksa anak patung itu dan ternampak kesan seperti titisan darah di belakang tangan dan dada itu. Kesan tersebut seolah-olah seperti darah yang terkeluar daripada badan anak patung itu sendiri. Selepas takut dan terdesak, Donna dan Angie membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat pakar.


Tidak lama kemudian, pakar tersebut menghubungi mereka dan Donna kemudiannya diperkenalkan kepada semangat roh Annabelle Higgins. Annabelle adalah seorang gadis muda yang tinggal dikawasan sebelum pangsapuri telah dibina. Beliau adalah seorang gadis muda berusia tujuh tahun apabila mayatnya ditemui dalam pangsapuri tersebut. Roh Anabelle bagaimanapun telah tertarik dengan Donna dan Angie dan mahu tinggal dengan mereka dengan berpindah ke anak patung itu. Sebab itulah anak patung tersebut berpuaka, kerana roh seorang budak yang mati dibunuh telah melekat di anak patung tersebut sehingga membunuh salah seorang rakan Donna dan Angie. Sehingga sekarang patung Anabelle tersebut disimpan rapi dan tidak dibenarkan dikeluarkan atau disentuh sekali pun kotak tempat simpannya.

Sabtu, 15 Jun 2013

Fakta Lelaki !


  1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  11. Lelaki juga akan menangis.
  12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
  18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  25. Lelaki lebih banyak berfikir.
  26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
  37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

Selasa, 29 Januari 2013

Konflik Palestin

Kekejaman Israel di bumi Palestin masih berleluasa walaupun pelbagai pendekatan telah dilaukan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB )




Berikut 20 fakta Israel yang belum banyak kita ketahui :


1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin?


3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.


4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.


5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.


6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.


7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.


8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.


9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?


10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?


11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.


12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.


13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.


14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:


“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……


15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.


16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?


17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.


18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.


19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin?


20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails